Jalsah Salanah Malaysia | 19-21 Disember 2025
Jalsah Salanah
Malaysia Ke-39
Kasih sayang tidak hanya lahir dari kata-kata yang indah, tetapi dari pesanan yang ikhlas dan amalan yang menyentuh jiwa. Jalsah Salanah mempertemukan kita dalam suasana penuh ketenangan, di mana setiap nasihat menjadi cahaya dan setiap pertemuan menjadi berkat.
Sorotan Jalsah 2025
- Ceramah-ceramah yang bertemakan “Saling berpesan untuk berkasih sayang.”
- Mendengar Khutbah Hazrat Khalifatul Masih Al-Khamis ATBA secara langsung
- Sesi perbincangan & pertanyaan bersama panel yang berkaliber
- Pameran bertema pengorbanan yang menonjolkan kisah, nilai, dan teladan bermakna
Lokasi
Baitussalam & Baiturrahman, Nakhoda
Tentang Jalsah
Jalsah Salanah Malaysia ialah perhimpunan tahunan untuk menyuburkan iman, persahabatan, dan khidmat.
Bermula daripada sunnah yang diasaskan oleh Hazrat Mirza Ghulam Ahmad (as), Jalsah Salanah menghimpunkan ahli jama'ah, sahabat, dan rakan dialog dari seluruh Malaysia serta antarabangsa. Ia menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan dengan Allah, mendalami ajaran Islam, serta menzahirkan kasih kepada Khalifah Islam dalam era ini.
Soalan Lazim
Maklumat untuk membantu anda merancang perjalanan.
Siapa yang boleh menghadiri Jalsah ini?
Ahli Jamaat dari seluruh Malaysia dijemput hadir. Tetamu bukan Ahmadi juga dialu-alukan dengan pendaftaran awal.
Di mana lokasi Jalsah diadakan?
Baitussalam & Baiturrahman, Kampung Nakhoda, Batu caves, Selangor.
Adakah perlu mendaftar sebelum hadir?
Ya, peserta perlu mendaftar bagi tujuan keselamatan, rekod kehadiran, dan kemudahan logistik. Borang pendaftaran disediakan di laman web rasmi.
Adakah penyediaan tempat penginapan disediakan?
Ya, penginapan ada disediakan.
Jalsah Salanah Malaysia 2025
“Janganlah kamu menyamakan perhimpunan ini dengan perhimpunan duniawi yang biasa. Sesungguhnya hakikatnya ialah ia diasaskan atas sokongan suci terhadap kebenaran dan usaha penyebaran Islam.
Batu asas jemaat ini telah diletakkan oleh Allah Yang Maha Agung sendiri, dan bangsa-bangsa telah pun disediakan oleh-Nya yang kelak akan datang dan memasuki naungannya. Hal ini demikian kerana ia merupakan urusan Tuhan Yang Maha Berkuasa, yang bagi-Nya tiada suatu pun yang mustahil.”
— Hazrat Mirza Ghulam Ahmad as
Hubungi
Perlukan bantuan?
Tekan butang untuk hubungi melalui Whatsapp

